Wednesday, October 19, 2011

Fobia Cinta!!!


Jgn ditanya kenapa saye gune lagu nihh..

Just nk mengingatkan anda kat luar sane,

berhati hatilah jgn sampai anda menjadi mangsa,

mangsa apakah????

mangsa, permainan cinta si pendusta, (agaknyer)

jgn terlalu percaya & jgn sampai pisang berbuah dua kali,

Hindari diri dr terperdaya,

ingin aman dalam kehidupan??

binalah kehidupan yg halal,

halal?? maknenyer??

Jauhi, hindari & jgn sesekali menghampiri zina,

Bernikahlah kerana Allah,

Sesungguhnya Dia melimpahkan rezeki kpd pasangan yg mendirikan masjid,

bkn itu sahaja, Rasulullah juga berbangga dgn umatnya,

Nescaya Allah mengetahui apa yg terbaik buat hamba2-Nya...

Moga kita menjadi golongan yg sentiasa mendpt rahmat & redha Illahi...

Insya Allah, Amin.....

hey wanita!!!

hey wanita?? cam pelik benor plak tjuk criter sayer kali nie yer..hehe

Apa yg cbe saye sampaikan kali nie ialah berkaitan dgn hati wanita. Setiap wanita didunia nie pasti mengimpikan kehidupan yg indah, senang, bahgia atau lebih tepat lagi "kehidupan yg perfect". Apakah yg dikatakan kehidupan yg perfect? Pastinya sebuah kehidupan berkeluarga, berkerjaya dan bersosial dgn aman dan harmoni. Tp hakikatnya berapa peratus kah wanita didunia ini yg benar2 mengcapi kesempurnaan sepjg kehidupan mereka. Selain itu adakah wanita2 ini hanya mengimpikan kebahagiaan didunia sahaja, bagaimana pula dgn kebahgiaan di akhirat kelak?

Cbe anda perhatikan disekeliling anda berapa ramai rakan2 anda yg gembira dan bahagia dalam kehidupan mereka kini. Pernahkah anda bertanya kpd mereka apakah penyebab kebahgiaan mereka? Tentu ada dikalangan mereka yg mengatakan mereka bahgia kerna kejayaan mereka, mereka bahgia disamping ibu ayah dan keluarga mereka, dan mungkin ada yg mengatakan mereka bahgia dan seronok bersama rakan2 mereka.


Saturday, July 23, 2011

Assalamualaikum!!!




Hai kamu semua!!!

Hari ini sayer just nak membebel jer skit. Da lame gak rasenyer x update blog nie, sampai ader yg kate tgh hangat bercinta ker?? haha sudah, jgn nk merepek..
Ermm arinie sayer cume nk jawap pertanyaan beberapa kenalan mengenai blog nie. Nape xde citer sal pemilik blog kat cni? Dalam hatiku berkata 'PERLU KER?' hehe..

Sebenarnya saye wat blog nie bkn la nk mempromote diri atau nk famouskan diri. Tujuan saye menulis blog nie just nk berkongsi ilmu dan pendapat. Setiap ape yg sayer lahir dekat blog ini adalah hasil gabungan buah pemikiran sayer sendri disamping gabungan ilmu2 yg saye perolehi dari pelbagai sumber termasuk blog yg ade kat dunia di hujung jari ini.

Saye hanya manusia biase yg mempunyai impian untuk berkerjaya & berkeluarga. Disamping itu saye juga mahukan kehidupan bahgia bukan sahaja didunia tetapi juga kebahgian kehidupan akhirat.

Bagi saye xde ape yg saye perlu kongsikan tentang diri saye kerana saye hanya insan biasa yang masih mempunyai kekurangan. Selain itu rasenye kehidupan yang saye jalani same sajer seperti kehidupan orang lain. Jadi x perlulah kot rasenye saye nk menghebahkan aper yg berlaku pada saye setiap hari. Lagipun saye nie bknlah rajin sgt nk update blog, kalu ade idea dan mase yg terluang saje saye akan berkunjung kesini..

Apa gunanyer kehidupan glemer didunia tetapi asasnya hati kite kosong. Kata orang lebih baik kita berdiam, dari kita berkata-kata dimana kata2 kite itu mampu menyakitkan orang lain.

Wanita inspirasi Kejayaan.
Salam ukhwah....

Friday, June 24, 2011

yG teRbAik BuaT Mu!!!!


Assalamualaikum....

Hatiku hatimu menjadi satu cinta??
Tapi jika bukan ini yang tertulis di Luh Mahfus bercinta selama mana pun, jika si dia yang kamu puja bukanlah jodoh yang telah Allah pilihkan buat mu, tak mungkin akan bersatu kasihmu dan dia. Manusia terkadang terlalu yakin dengan apa yang mereka rasakan. Kadang-kadang terlupa tentang janji Maha Pencipta.

Wanita kini sibuk mencari jodoh mereka, takut tentang fakta yang mengatakan jumlah kaum Hawa sudah melebihi kaum Adam dengan nisbah 1 lelaki bersamaan 27 orang wanita, takut juga akan keseorang hingga keakhir hayat atau dengan kata lain menjadi andartu. Disebabkan ketakutan ini ramai si jejaka yang gemar mempermainkan wanita.

Siapalah diri kita untuk menentukan semua ini, hanya hamba Yang Maha Esa. Tidakkah mereka tahu bahawa janji Allah itu pasti. Sesungguhnya Allah telah menciptakan setiap makhluk itu berpasang-pasangan. Jesteru itu tiada apa yang perlu kita khuatirkan kerana Allah mempunyai perancangan yang tersendiri yang terbaik buat kita. Rasenya tidak perlulah seorang wanita itu merendahkan martabatnya dengan mengoda si jejaka dengan cara tertentu ibarat perigi yang mencari timba.

Sebagai hamba Allah yang taat pada aturannya kita haruslah yakin dengan setiap apa yang telah Allah rencanakan buat kita. Hanya jarak dan waktu sahaja yang mungkin belum tiba atau sesuai dengan keupayaan diri kita. Dan Ingatlah apa yang Allah kurniakan adalah yang terbaik untukmu dan sesungghnya "Janji Allah itu pasti!!!"
BeRsYuKurlah KawAn......

Monday, May 23, 2011

SeJujuR maNa KAta kATa??

Cantek!!!
Satu perkataan yg x mungkin dpt dipisahkan dgn kaum wanita.
Tetapi sejauh mana kecantikan zahiriah seseorg itu mampu dipertahankan. Ibarat kata org, 'sesungguhnya kecantikan rupa paras itu akan pudar dek masa dan zaman'.
Ramai wanita yg mengaku kecantikan mereka adalah khas buat suami atau jodoh mereka. Bagaimana pula buat golongan wanita yg mencari dan mengejar kecantikan hingga menyebabkan mereka sanggup mengubah ciptaan Allah?? Adakah kecantikan ini juga khusus buat jodoh mereka. Dan bagaimana pula golongan wanita yg masih lagi single atau belum bernikah adakah kecantikan yg mereka cari khas utk 'BAKAL SUAMI' mereka?
Sesunguhnya manusia itu lebih bijak berkata-kata dari melakukan sesuatu. Ada dikalangan kaum hawa yg berkata ' kecantikan lahiriah manusia adalah perhiasan dunia semata-mata, tetapi kecantikan dalaman manusia itu adalah permata yg tiada tolok bandingnya'. Hakikatnya mereka hanya hebat bermadah puitis, namun mereka juga tergolong dalam kalangan yg mengejar kecantikan duniawi. Bukan mahu menuding jari atau cemburu dgn apa yg mereka lakukan, cuma ibarat kata org, mereka ini seperti 'cakap x serupa bikin', apa yg mereka katakan x serupa dgn apa yg mereka lakukan. Inilah norma norma kehidupan biasa manusia masa kini. Kecantikan paras rupa adalah sesuatu yg sgt penting dlm kehidupan seharian mereka. Mereka sanggup berhabisan wang dan masa hanya untuk kecantikan yg sementara. Bukan itu sahaja ada diantara alat solekan yg digunakan secara berlebihan utk menutup kecacatan yg x seteruk mana tetapi telah menyukarkan mereka utk mencucinya semula bagi menunaikan tanggungjawab terhadap Illahi (alhamdulillah mereka masih lagi mengingati Yang Maha Esa).
Walaubagaimanapun sebagai seorg wanita x slh jika kita ingin sentiasa dlm keadaan cantik, tetapi jgn lah 'touch up' secara berlebihan, sesungguhnya apa yg Allah ciptakan itu sudah cantik rupa bentuknya, bersyukurlah dgn setiap apa yg dikurniakan keatas kita. Bak kata pepatah pak arab ' sesungguhnya Allah itu cantik dan suka pada kecantikan'. Sesungguhnya hati nurani yg suci akan menyerlahkan kecantikannya pada paras rupamu. Buktikanlah sejujur mana kata katamu. YOU ARE ONE IN A MILLION!!!!
Last skali hayati lirik lagu ini...

Lirik Chantek - Altimet Feat Adeep Fabulous Cats

Song / Lagu : Chantek - Altimet Feat Adeep (Fabulous Cats)

Lyrics / Lirik Chantek :


Hey wanita
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara

Apakata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu

Dia
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
Dia
Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka
Dia
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa
Dia
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
Dia
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
Dia
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah
Ayuh kita berumah tangga

Chantek
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Oohhh chantekk
Sungguh aku cinta kamu

Aku
Melihat kita bersama di hari tua
Dia
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa
Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju

Chantek
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka di jiwa
Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu


Lirik Lagu Chantek - Altimet/Adeep (Fabulous Cats)

Wasalam.....

Friday, March 18, 2011

Ya Allah beRaT nyer!!!!

Ada seorang sahabat bertanya, 'apakah benda yang paling berat didunia ini?'
Adakah gajah? Bangunan 88 tingkat? Kapal2 dilautan??
Ternyata tiada jawapan yang tepat bagi soalan tersebut..
Perkara yang paling berat didunia ini adalah AMANAH....

Ketahui lah wahai sahabat2 ku sekalian, sesungguhnya memikul walaupun satu amanah adalah sesuatu yang sangat berat utk kita lakukan. X kira la siapa kita, menteri, ketua, pekerja, ibubapa, suami isteri mahupun student, masing2 mempunyai amanah yang harus dipikul.


Kadang2 manusia tidak sedar yg mereka telah pun melanggar amanah yang telah diletakkan dibahu mereka. Sebagai contoh seorg pengawas sekolah telah diamanahkan oleh guru nya utk menjaga kls dan mencatat nama2 pelajar yg tidak mendgr arahan. Oleh sbb yg melanggar arahan itu adalah sahabat kita sendri maka kita mengendahkan tanggungjawab yg diberi kerana kesetiaan kita bersama mereka. Akan tetapi tahukah kamu wahai sahabatku sekalian bahawa kesetiaan kita terhadap sahabat kite td tlah menjadikan kita sebagai seorg insan yg tdk mudah utk dipercayai kerana tindakan kita tersebut telah dikire sebagai tidak jujur & pecah amanah.


Wahai sahabat2 ku sekalian, ingin sayer ceritakan tentang kisah amanah yg tlah sayer pikul semasa disekolah dulu. Perkara ini mungkin nampak ringan tetapi jika fikirkan secara mendalam mungkin anda akan mendapat jawapan bagi permasalahan ini.

Sewaktu dizaman persekolahan dulu, ada seorg guru matematik yg berusia lingkungan 40 an, belum berkahwin tetapi merupakan seorg yg sgt penyayang. Guru ini adalah merupakan salah seorg dr guru kesygn sayer diwaktu itu, walaupun pd awal sayer tdk berapa menyukai beliau maklum sajalah kata org 'kalu x kenal maka x cinta.' Guru ini sgt menitik beratkan ttg amanah yg dipikul oleh dirinya sendiri dan juga ank2 murid nyer.
Suatu hari ketika sedang memantau ank2 muridnya membuat latihan yg diberikan tiba2 guru tersebut berhenti dihadapan seorg pelajar kelas sayer. Lalu menegur tindakan ank muridnyer yg sedang membuat latihan yg beliau berikan. Sayer berasa agak hairan mengapa beliau memarahi pelajar tersebut sedangkan latihan tersebut beliau sendiri yang berikan. Tidak lame kemudian guru tersebut berkata,
' Wahai pljr2 sekalian mengapa kamu menconteng buku teks yg kamu pinjam. Sayer tahu kamu semua sedang membuat latihan yang sayer berikan, tetapi sayer x menyuruh kamu utk melakarnya didlm buku teks kamu. Kamu tahu x yg kamu tlah melanggar amanah yg telah diberikan kpd kamu semua??'
Sayer berasa hairan?? xkan menulis latihan didlm buku teks pun dikira melanggar amanah?? Amanah apakah?? Amanah saham bumiputra?? tidak sama sekali, xde kaitan langsung dgn kami semua. Guru tersebut berkata lagi..
' Wahai ank2 muridku sekalian, sesungguhnya buku teks ini bkn hak kamu & kamu hanya diberi kelayakan meminjam buku2 ini utk digunakan bagi sesi pemblran oleh kerajaan. Buku2 ini diberikan kepada kamu sebagai bahan rujukan dan tidak ada hak utk kamu menconteng buku2 tersebut. Amanah ini bkn merupakan sesuatu yg boleh kamu perlekehkan, berdosa besar jika kamu mensia-siakan amanah yg diberikan kpd kamu. Buku teks ini adalah amanah buat kamu utk menjaga nya dgn sebaik-baiknya agar dpt digunakan lg bagi generasi akan dtg..'

Begitu kecil kita melihat sesuatu perkara, tetapi ia adalah sesuatu yg amat berat dan tidak ramai yg menyedari akan tanggungjawab memikulnya.
Dari Abu Hurairah ra. dia berkata: “Rasulullah saw. bersabda: ‘Jalankanlah amanat yang diembankan kepadamu, dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu.’” (Abu Daud, 3535 dan Tirmizi, 1264).Sabda Rasulullah: “Jalankanlah amanat” adalah perintah, dan perintah itu sifatnya adalah untuk mewajibkan. Allah swt. berfirman: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya.” (An-Nisa:58). Ini baru kisah student dan gurunya, bagaimana pula amanah2 yg dipikul oleh menteri2, ketua2 dan para2 ulamak tentu tanggunggjawab mereka lebih besar. Sesungguhnya org yg pecah amanah juga tergolong dikalangan org2 yg munafik. Jadi sama2 kita fikirkan....

Sunday, March 6, 2011

secebis rase

Assalamualaikum semua....

Hari ini sayer tidak mahu bercerita panjang cume ingin mengatakan sesuatu agar tidak timbul sebarang kekusutan dikemudian hari. Disini sayer ingin menyatakan bahawa aper yg sayer coretkan diblog ini hanyalah merupakan pandangan dan pendapat sayer berasaskan hadis2 & pembelajaran yang telah sayer pelajari melalui guru yang bertauliah. Setiap dari hadis mahupun sunnah yang kita perolehi haruslah kita kita menterjemahkannya menggunakan akal fikiran dan ilmu yang kita perolehi.

Walaubagaimanapun itu kita tidak seharusnya merasakan yang kita mampu membuat sebarang keputusan hanya berpandukan pada akal kita semata-mata. Sesungguhnya akal mampu menipu diri kita sendiri. Setiap ilmu yang kita timba haruslah datangnya dari seseorang yang bernama guru. Ilmu itu x mungkin dapat kita perolehi hanya dengan bahan bacaan dari buku atau internet semata-mata, ianya haruslah dikaji dan didalami melalui guru kita. Ramai dikalangan remaja kini yang gemar mencari sumber2 dr internet lalu mentafsirkannya sendiri tanpa mendapat pandangan dari mana2 para ulama' atau guru2 yang bertauliah. Ini telah menyebabkan ramai dikalangan anak muda yang tersalah tafsir tentang sesuatu yang mereka perolehi dengan secara membabi buta sahaja.

X salah jika ada dikalangan anak2 muda yang mula berjinak2 untuk mendalami hal ehwal agama islam ini. Tetapi mereka haruslah mengikut landasan yang betul meskipun sekarang ini dunia diarus pemodenan, setiap sumber mudah untuk mereka perolehi melalui internet sahaja. Guru adalah merupakan aset penting bagi sesebuah institusi, melalui guru setiap insan mampu mendalami sesuatu ilmu dengan mudah & tanpa keraguan. Ibarat kata pepatah, guru ibarat 'lilin yang membakar diri', sanggup menerangkan org lain sedangkan dirinya cair terbakar. Jesteru itu timbalah ilmu dengan cara yang terbaik, kerana "ilmu adalah pelita hidup".

Wassalam....

Sunday, February 27, 2011

bUkaN aKu x CHeNta....

Jodoh pertemuan ajal maut semuanya ketentuan tuhan,

Kita hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukan,

X terlintas dihati untuk menolak cinta dari mu yang cuba mengetuk pintu hatiku,

Mungkin jodoh antara kita belum sampai,

Bukan kesempurnaan yang menjadi keutamaan ku,

Tetapi keikhlasan hati yang mampu membimbingku kesyurga yang abadi,

Dunia ini adalah khayalan & wanita adalah hiasannya,

Jangan biarkan aku keseorangan asyik dengan nikmatnya,

Bawalah aku bersama merasai keindahan syurga,

Sesungguhnya diri ini bukanlah sombong menolak pelawaanmu,

‘Ayuh kita bercouple, x salah kan selagi kita x melampaui batas’,

Adakah kamu yakin kita mampu melawan turutan nafsu,

Bagiku mencegah itu lebih baik dari merawat,

‘maafkan aku, adalah lebih manis kalau kita berkawan seperti biasa’,

Ya tiada hadis mengatakan bercouple itu haram,

Tetapi Allah mengurniakan kita akal untuk berfikir,

Cuba fahami ayat dalam surah Al-Israa’(17) ayat 32,

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Pada pandangan ku bercouple itu adalah perbuatan yang menghampiri zina,

Kerna kita hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan,

Berkata itu lebih mudah dari mengawal tindakan,

Sekali lagi ku nyatakan bukankah lebih baik kita mencegahnya,

Kata orang kalau jodoh x kemana,

Dari kawan BIASA kita mampu menjadi pasangan yang halal suatu hari nanti, Insyaallah,

Yakin lah dengan ketentuan Allah,

Jika tersurat aku bukanlah jodoh mu, nescaya Allah mengurniakan jodoh yang lebih baik buat mu,

Berdoa dan mohonlah dari-Nya,

‘ Ya Allah tentang jodohku, kurniakan aku pasangan yang mampu membimbing dan sentiasa mengingati-Mu Ya Allah, jadikan kami pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain, Ya Allah sepanjang ku bersama nya hindarkan kami dari perkara2 keji dan mungkar, Ya Allah lahirkan perasaan cinta dan kasih sayang dihati-hati kami kerana-Mu Ya Allah, Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Amin...'

Sesungguhnya bukan aku x cinta....

Friday, February 11, 2011

Hebat bercinta hebat belajar

Baru2 nie admin ader mengikuti satu ceramah dikampus admin yg bertajuk 'hebat bercinta hebat belajar'. Dari ape yg saya dpt dari ceramah yg tlh disampaikan oleh ust hasrizal penulis buku 'Aku Terima Nikahnya' input2 nya sangat memberangsangkan. Walaupun ceramah yang diberikan straight forward mengenai cara2 bercinta tetapi ia telah diselitkan dgn beberapaperaturan 'bercinta' dalam landasan islam. Cara penyampaian ceramah nya juga amat berkesankerana dari awal hingga akhir program admin tidak jemu mendgrkan setiap aper yg beliauperkatakan. sambutan penonton juga sangat memberansangkan.

Antara input2 yang sayer dpt dari ceramah tersebut adalah seperti berikut...

CiNta melaLui 4 pandangan

> paNDanGan mAta BiaSa

melalui pandangan mata biasa manusia melihat cinta sekadar perkara biasa dan remeh. bagi mereka tanpa cinta pun x mengapa kerana fitrah manusia pasti akan bertemu jodoh masing. Tetapi bagi golongan ini mereka sebenarnya adalah golongan yang malas berfikir.

>paNDanGan AKal
bagi insan2 yang melihat cinta melalui akal, mereka seringkali cube menterjemahkan cinta melalui bukti2 dan merumuskan cinta menggunakan akal fikiran mereka atau lebih tepat lagi mereka menggunakan sains sebagai asas pemikiran mereka. Bagi golongan ini mereka merasakan diri mereka hebat dan betul kerana idea2 bijak mereka yg mampu mentafsir cinta. Golongan ini sebenarnya telah terlupa bahawa akal fikiran manusia adalah terbatas dan mampu menipu diri mereka sendiri.

>paNDanGan NaFsu
manusia yang melihat cinta menggunakan pandangan nafsu sering mencuba untuk mencari kepusan duniawi tanpa memikirkan kesan dimasa akan datang. Bagi mereka cinta adalah sesuatu yang harus dipamerkan dan dibuktikan.

>paNDanGan HaTi
insan2 yang melihat cinta melalui pandangan mata hati adalah manusia yang mampu mentafsir cinta melalui gerak hati. Golongan ini melihat cinta bukan hanya sebagai satu perasaan yang mampu dirasai malahan mampu menyingkap apa yang berselindung dibalik sikap manusia terhadap dirinya. Manusia yang melihat cinta menggunakan hati mampu mengawal tingkah laku dan pemikiran mereka dari perkara yang boleh merosakkan diri mereka.

Ini adalah sedikit dari ceramah yang telah saya dengari pada tempoh hari. sayer berharap dan berdoa agar kita sama sama mampu melihat cinta dari Pandangan Mata Hati. Amin....

Saturday, February 5, 2011

bingkisan hati remaja...

Sesungguhnya pada bulan Februari ini pasti ada dikalangan kita yang teringatkan satu tarikh yang dikatakan keramat di bulan ini, 'Valentine Day'. Perkara ini bukanlah suatu isu yang jarang diperkatakan, tetapi bila memikirkan sayer nie merupakan seorang muslim maka sayer juga berhasrat untuk membuat sedikit coretan mengenai isu ini. Apa yang mahu sayer coretkan pada hari ini cume sedikit kisah mungkin menjadi iktibar buat kita semua.

Dalam kisah Nabi Allah Musa AS, diceritakan bagaimana beliau mendapatkan isterinya, iaitu berawal ketika beliau menolong wanita penggembala kambing untuk menggiringkan kambing-kambingnya mendapatkan air minum saat beristirahat dari pelarian dirinya.

Ataupun kisah popular mengenai seorang jujur yang memakan buah yang terhanyut di sungai, lalu karena ia merasa berdosa telah memakan buah yang bukan miliknya, ia melaporkan kepada pemiliki kebun yang pada akhirnya malahan menikahkannya dengan anaknya yang solehah dan cantik yang tanpa disangka-sangka, kerana pada awal nya wanita itu dikata buta, pekak bisu dan hodoh. Bagaimanakah mungkin hal-hal yang sepertinya tidak dimaksudkan untuk mendapatkan pasangan hidup malah bisa mengarahkan diri menuju penemuan pasangan hidup yang terbaik? Itulah yang disebut dengan jodoh.

Jesteru itu, ingatlah wahai kawan-kawan ‘Valentine Day’ itu bukanlah amalan kita, kerana belum tentu pasangan kita itu adalah jodoh kita. Janganlah melakukan sesuatu perkara melampaui batasan kita sebagai seorang muslim. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan segala-galanya. Dan ingatlah jangan sesekali kita menyalah takdir diatas segala apa yang berlaku kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui...

Tuesday, February 1, 2011

seSeKali TeRasa....

Aku RiNdu,
melihat remaja-remaja bersatu padu membangun negara keranaMu Allah,

Aku RiNdu,
mendengar pelajar-pelajar berdebat mempertahankan keagungan Islam,

Aku RiNdu,
untuk bersama rakan-rakan mendekatkan diri padaMu Ya Rabbi,

Aku RiNdu,
merasai keindahan Islam disamping masyarakat,

Aku RiNdu,
berjalan diatas landasan Islam dengan perasaan bangga menjadi Hamba Mu,

Aku RiNdu,
menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat MU,

Aku RiNdu,
kerana aku manusia, aku sering lupa begitu juga mereka,

Ya Allah ampuni segala kesalahan kami,
ampuni juga segala kesalahan kedua ibu bapa kami,
sesungguhnya KAMI RINDU dengan Redha Mu Ya Allah....