Friday, June 24, 2011

yG teRbAik BuaT Mu!!!!


Assalamualaikum....

Hatiku hatimu menjadi satu cinta??
Tapi jika bukan ini yang tertulis di Luh Mahfus bercinta selama mana pun, jika si dia yang kamu puja bukanlah jodoh yang telah Allah pilihkan buat mu, tak mungkin akan bersatu kasihmu dan dia. Manusia terkadang terlalu yakin dengan apa yang mereka rasakan. Kadang-kadang terlupa tentang janji Maha Pencipta.

Wanita kini sibuk mencari jodoh mereka, takut tentang fakta yang mengatakan jumlah kaum Hawa sudah melebihi kaum Adam dengan nisbah 1 lelaki bersamaan 27 orang wanita, takut juga akan keseorang hingga keakhir hayat atau dengan kata lain menjadi andartu. Disebabkan ketakutan ini ramai si jejaka yang gemar mempermainkan wanita.

Siapalah diri kita untuk menentukan semua ini, hanya hamba Yang Maha Esa. Tidakkah mereka tahu bahawa janji Allah itu pasti. Sesungguhnya Allah telah menciptakan setiap makhluk itu berpasang-pasangan. Jesteru itu tiada apa yang perlu kita khuatirkan kerana Allah mempunyai perancangan yang tersendiri yang terbaik buat kita. Rasenya tidak perlulah seorang wanita itu merendahkan martabatnya dengan mengoda si jejaka dengan cara tertentu ibarat perigi yang mencari timba.

Sebagai hamba Allah yang taat pada aturannya kita haruslah yakin dengan setiap apa yang telah Allah rencanakan buat kita. Hanya jarak dan waktu sahaja yang mungkin belum tiba atau sesuai dengan keupayaan diri kita. Dan Ingatlah apa yang Allah kurniakan adalah yang terbaik untukmu dan sesungghnya "Janji Allah itu pasti!!!"
BeRsYuKurlah KawAn......

No comments:

Post a Comment