Aku RiNdu,
melihat remaja-remaja bersatu padu membangun negara keranaMu Allah,
Aku RiNdu,
mendengar pelajar-pelajar berdebat mempertahankan keagungan Islam,
Aku RiNdu,
untuk bersama rakan-rakan mendekatkan diri padaMu Ya Rabbi,
Aku RiNdu,
merasai keindahan Islam disamping masyarakat,
Aku RiNdu,
berjalan diatas landasan Islam dengan perasaan bangga menjadi Hamba Mu,
Aku RiNdu,
menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat MU,
Aku RiNdu,
kerana aku manusia, aku sering lupa begitu juga mereka,
Ya Allah ampuni segala kesalahan kami,
ampuni juga segala kesalahan kedua ibu bapa kami,
sesungguhnya KAMI RINDU dengan Redha Mu Ya Allah....
No comments:
Post a Comment