Baru2 nie admin ader mengikuti satu ceramah dikampus admin yg bertajuk 'hebat bercinta hebat belajar'. Dari ape yg saya dpt dari ceramah yg tlh disampaikan oleh ust hasrizal penulis buku 'Aku Terima Nikahnya' input2 nya sangat memberangsangkan. Walaupun ceramah yang diberikan straight forward mengenai cara2 bercinta tetapi ia telah diselitkan dgn beberapaperaturan 'bercinta' dalam landasan islam. Cara penyampaian ceramah nya juga amat berkesankerana dari awal hingga akhir program admin tidak jemu mendgrkan setiap aper yg beliauperkatakan. sambutan penonton juga sangat memberansangkan.
Antara input2 yang sayer dpt dari ceramah tersebut adalah seperti berikut...
CiNta melaLui 4 pandangan
> paNDanGan mAta BiaSa
melalui pandangan mata biasa manusia melihat cinta sekadar perkara biasa dan remeh. bagi mereka tanpa cinta pun x mengapa kerana fitrah manusia pasti akan bertemu jodoh masing. Tetapi bagi golongan ini mereka sebenarnya adalah golongan yang malas berfikir.
>paNDanGan AKal
bagi insan2 yang melihat cinta melalui akal, mereka seringkali cube menterjemahkan cinta melalui bukti2 dan merumuskan cinta menggunakan akal fikiran mereka atau lebih tepat lagi mereka menggunakan sains sebagai asas pemikiran mereka. Bagi golongan ini mereka merasakan diri mereka hebat dan betul kerana idea2 bijak mereka yg mampu mentafsir cinta. Golongan ini sebenarnya telah terlupa bahawa akal fikiran manusia adalah terbatas dan mampu menipu diri mereka sendiri.
>paNDanGan NaFsu
manusia yang melihat cinta menggunakan pandangan nafsu sering mencuba untuk mencari kepusan duniawi tanpa memikirkan kesan dimasa akan datang. Bagi mereka cinta adalah sesuatu yang harus dipamerkan dan dibuktikan.
>paNDanGan HaTi
insan2 yang melihat cinta melalui pandangan mata hati adalah manusia yang mampu mentafsir cinta melalui gerak hati. Golongan ini melihat cinta bukan hanya sebagai satu perasaan yang mampu dirasai malahan mampu menyingkap apa yang berselindung dibalik sikap manusia terhadap dirinya. Manusia yang melihat cinta menggunakan hati mampu mengawal tingkah laku dan pemikiran mereka dari perkara yang boleh merosakkan diri mereka.
Ini adalah sedikit dari ceramah yang telah saya dengari pada tempoh hari. sayer berharap dan berdoa agar kita sama sama mampu melihat cinta dari Pandangan Mata Hati. Amin....
No comments:
Post a Comment