Saturday, February 5, 2011

bingkisan hati remaja...

Sesungguhnya pada bulan Februari ini pasti ada dikalangan kita yang teringatkan satu tarikh yang dikatakan keramat di bulan ini, 'Valentine Day'. Perkara ini bukanlah suatu isu yang jarang diperkatakan, tetapi bila memikirkan sayer nie merupakan seorang muslim maka sayer juga berhasrat untuk membuat sedikit coretan mengenai isu ini. Apa yang mahu sayer coretkan pada hari ini cume sedikit kisah mungkin menjadi iktibar buat kita semua.

Dalam kisah Nabi Allah Musa AS, diceritakan bagaimana beliau mendapatkan isterinya, iaitu berawal ketika beliau menolong wanita penggembala kambing untuk menggiringkan kambing-kambingnya mendapatkan air minum saat beristirahat dari pelarian dirinya.

Ataupun kisah popular mengenai seorang jujur yang memakan buah yang terhanyut di sungai, lalu karena ia merasa berdosa telah memakan buah yang bukan miliknya, ia melaporkan kepada pemiliki kebun yang pada akhirnya malahan menikahkannya dengan anaknya yang solehah dan cantik yang tanpa disangka-sangka, kerana pada awal nya wanita itu dikata buta, pekak bisu dan hodoh. Bagaimanakah mungkin hal-hal yang sepertinya tidak dimaksudkan untuk mendapatkan pasangan hidup malah bisa mengarahkan diri menuju penemuan pasangan hidup yang terbaik? Itulah yang disebut dengan jodoh.

Jesteru itu, ingatlah wahai kawan-kawan ‘Valentine Day’ itu bukanlah amalan kita, kerana belum tentu pasangan kita itu adalah jodoh kita. Janganlah melakukan sesuatu perkara melampaui batasan kita sebagai seorang muslim. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan segala-galanya. Dan ingatlah jangan sesekali kita menyalah takdir diatas segala apa yang berlaku kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui...

No comments:

Post a Comment