Sunday, March 6, 2011

secebis rase

Assalamualaikum semua....

Hari ini sayer tidak mahu bercerita panjang cume ingin mengatakan sesuatu agar tidak timbul sebarang kekusutan dikemudian hari. Disini sayer ingin menyatakan bahawa aper yg sayer coretkan diblog ini hanyalah merupakan pandangan dan pendapat sayer berasaskan hadis2 & pembelajaran yang telah sayer pelajari melalui guru yang bertauliah. Setiap dari hadis mahupun sunnah yang kita perolehi haruslah kita kita menterjemahkannya menggunakan akal fikiran dan ilmu yang kita perolehi.

Walaubagaimanapun itu kita tidak seharusnya merasakan yang kita mampu membuat sebarang keputusan hanya berpandukan pada akal kita semata-mata. Sesungguhnya akal mampu menipu diri kita sendiri. Setiap ilmu yang kita timba haruslah datangnya dari seseorang yang bernama guru. Ilmu itu x mungkin dapat kita perolehi hanya dengan bahan bacaan dari buku atau internet semata-mata, ianya haruslah dikaji dan didalami melalui guru kita. Ramai dikalangan remaja kini yang gemar mencari sumber2 dr internet lalu mentafsirkannya sendiri tanpa mendapat pandangan dari mana2 para ulama' atau guru2 yang bertauliah. Ini telah menyebabkan ramai dikalangan anak muda yang tersalah tafsir tentang sesuatu yang mereka perolehi dengan secara membabi buta sahaja.

X salah jika ada dikalangan anak2 muda yang mula berjinak2 untuk mendalami hal ehwal agama islam ini. Tetapi mereka haruslah mengikut landasan yang betul meskipun sekarang ini dunia diarus pemodenan, setiap sumber mudah untuk mereka perolehi melalui internet sahaja. Guru adalah merupakan aset penting bagi sesebuah institusi, melalui guru setiap insan mampu mendalami sesuatu ilmu dengan mudah & tanpa keraguan. Ibarat kata pepatah, guru ibarat 'lilin yang membakar diri', sanggup menerangkan org lain sedangkan dirinya cair terbakar. Jesteru itu timbalah ilmu dengan cara yang terbaik, kerana "ilmu adalah pelita hidup".

Wassalam....

No comments:

Post a Comment