Sunday, February 27, 2011

bUkaN aKu x CHeNta....

Jodoh pertemuan ajal maut semuanya ketentuan tuhan,

Kita hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukan,

X terlintas dihati untuk menolak cinta dari mu yang cuba mengetuk pintu hatiku,

Mungkin jodoh antara kita belum sampai,

Bukan kesempurnaan yang menjadi keutamaan ku,

Tetapi keikhlasan hati yang mampu membimbingku kesyurga yang abadi,

Dunia ini adalah khayalan & wanita adalah hiasannya,

Jangan biarkan aku keseorangan asyik dengan nikmatnya,

Bawalah aku bersama merasai keindahan syurga,

Sesungguhnya diri ini bukanlah sombong menolak pelawaanmu,

‘Ayuh kita bercouple, x salah kan selagi kita x melampaui batas’,

Adakah kamu yakin kita mampu melawan turutan nafsu,

Bagiku mencegah itu lebih baik dari merawat,

‘maafkan aku, adalah lebih manis kalau kita berkawan seperti biasa’,

Ya tiada hadis mengatakan bercouple itu haram,

Tetapi Allah mengurniakan kita akal untuk berfikir,

Cuba fahami ayat dalam surah Al-Israa’(17) ayat 32,

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Pada pandangan ku bercouple itu adalah perbuatan yang menghampiri zina,

Kerna kita hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan,

Berkata itu lebih mudah dari mengawal tindakan,

Sekali lagi ku nyatakan bukankah lebih baik kita mencegahnya,

Kata orang kalau jodoh x kemana,

Dari kawan BIASA kita mampu menjadi pasangan yang halal suatu hari nanti, Insyaallah,

Yakin lah dengan ketentuan Allah,

Jika tersurat aku bukanlah jodoh mu, nescaya Allah mengurniakan jodoh yang lebih baik buat mu,

Berdoa dan mohonlah dari-Nya,

‘ Ya Allah tentang jodohku, kurniakan aku pasangan yang mampu membimbing dan sentiasa mengingati-Mu Ya Allah, jadikan kami pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain, Ya Allah sepanjang ku bersama nya hindarkan kami dari perkara2 keji dan mungkar, Ya Allah lahirkan perasaan cinta dan kasih sayang dihati-hati kami kerana-Mu Ya Allah, Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Amin...'

Sesungguhnya bukan aku x cinta....

Friday, February 11, 2011

Hebat bercinta hebat belajar

Baru2 nie admin ader mengikuti satu ceramah dikampus admin yg bertajuk 'hebat bercinta hebat belajar'. Dari ape yg saya dpt dari ceramah yg tlh disampaikan oleh ust hasrizal penulis buku 'Aku Terima Nikahnya' input2 nya sangat memberangsangkan. Walaupun ceramah yang diberikan straight forward mengenai cara2 bercinta tetapi ia telah diselitkan dgn beberapaperaturan 'bercinta' dalam landasan islam. Cara penyampaian ceramah nya juga amat berkesankerana dari awal hingga akhir program admin tidak jemu mendgrkan setiap aper yg beliauperkatakan. sambutan penonton juga sangat memberansangkan.

Antara input2 yang sayer dpt dari ceramah tersebut adalah seperti berikut...

CiNta melaLui 4 pandangan

> paNDanGan mAta BiaSa

melalui pandangan mata biasa manusia melihat cinta sekadar perkara biasa dan remeh. bagi mereka tanpa cinta pun x mengapa kerana fitrah manusia pasti akan bertemu jodoh masing. Tetapi bagi golongan ini mereka sebenarnya adalah golongan yang malas berfikir.

>paNDanGan AKal
bagi insan2 yang melihat cinta melalui akal, mereka seringkali cube menterjemahkan cinta melalui bukti2 dan merumuskan cinta menggunakan akal fikiran mereka atau lebih tepat lagi mereka menggunakan sains sebagai asas pemikiran mereka. Bagi golongan ini mereka merasakan diri mereka hebat dan betul kerana idea2 bijak mereka yg mampu mentafsir cinta. Golongan ini sebenarnya telah terlupa bahawa akal fikiran manusia adalah terbatas dan mampu menipu diri mereka sendiri.

>paNDanGan NaFsu
manusia yang melihat cinta menggunakan pandangan nafsu sering mencuba untuk mencari kepusan duniawi tanpa memikirkan kesan dimasa akan datang. Bagi mereka cinta adalah sesuatu yang harus dipamerkan dan dibuktikan.

>paNDanGan HaTi
insan2 yang melihat cinta melalui pandangan mata hati adalah manusia yang mampu mentafsir cinta melalui gerak hati. Golongan ini melihat cinta bukan hanya sebagai satu perasaan yang mampu dirasai malahan mampu menyingkap apa yang berselindung dibalik sikap manusia terhadap dirinya. Manusia yang melihat cinta menggunakan hati mampu mengawal tingkah laku dan pemikiran mereka dari perkara yang boleh merosakkan diri mereka.

Ini adalah sedikit dari ceramah yang telah saya dengari pada tempoh hari. sayer berharap dan berdoa agar kita sama sama mampu melihat cinta dari Pandangan Mata Hati. Amin....

Saturday, February 5, 2011

bingkisan hati remaja...

Sesungguhnya pada bulan Februari ini pasti ada dikalangan kita yang teringatkan satu tarikh yang dikatakan keramat di bulan ini, 'Valentine Day'. Perkara ini bukanlah suatu isu yang jarang diperkatakan, tetapi bila memikirkan sayer nie merupakan seorang muslim maka sayer juga berhasrat untuk membuat sedikit coretan mengenai isu ini. Apa yang mahu sayer coretkan pada hari ini cume sedikit kisah mungkin menjadi iktibar buat kita semua.

Dalam kisah Nabi Allah Musa AS, diceritakan bagaimana beliau mendapatkan isterinya, iaitu berawal ketika beliau menolong wanita penggembala kambing untuk menggiringkan kambing-kambingnya mendapatkan air minum saat beristirahat dari pelarian dirinya.

Ataupun kisah popular mengenai seorang jujur yang memakan buah yang terhanyut di sungai, lalu karena ia merasa berdosa telah memakan buah yang bukan miliknya, ia melaporkan kepada pemiliki kebun yang pada akhirnya malahan menikahkannya dengan anaknya yang solehah dan cantik yang tanpa disangka-sangka, kerana pada awal nya wanita itu dikata buta, pekak bisu dan hodoh. Bagaimanakah mungkin hal-hal yang sepertinya tidak dimaksudkan untuk mendapatkan pasangan hidup malah bisa mengarahkan diri menuju penemuan pasangan hidup yang terbaik? Itulah yang disebut dengan jodoh.

Jesteru itu, ingatlah wahai kawan-kawan ‘Valentine Day’ itu bukanlah amalan kita, kerana belum tentu pasangan kita itu adalah jodoh kita. Janganlah melakukan sesuatu perkara melampaui batasan kita sebagai seorang muslim. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan segala-galanya. Dan ingatlah jangan sesekali kita menyalah takdir diatas segala apa yang berlaku kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui...

Tuesday, February 1, 2011

seSeKali TeRasa....

Aku RiNdu,
melihat remaja-remaja bersatu padu membangun negara keranaMu Allah,

Aku RiNdu,
mendengar pelajar-pelajar berdebat mempertahankan keagungan Islam,

Aku RiNdu,
untuk bersama rakan-rakan mendekatkan diri padaMu Ya Rabbi,

Aku RiNdu,
merasai keindahan Islam disamping masyarakat,

Aku RiNdu,
berjalan diatas landasan Islam dengan perasaan bangga menjadi Hamba Mu,

Aku RiNdu,
menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat MU,

Aku RiNdu,
kerana aku manusia, aku sering lupa begitu juga mereka,

Ya Allah ampuni segala kesalahan kami,
ampuni juga segala kesalahan kedua ibu bapa kami,
sesungguhnya KAMI RINDU dengan Redha Mu Ya Allah....