Friday, March 18, 2011

Ya Allah beRaT nyer!!!!

Ada seorang sahabat bertanya, 'apakah benda yang paling berat didunia ini?'
Adakah gajah? Bangunan 88 tingkat? Kapal2 dilautan??
Ternyata tiada jawapan yang tepat bagi soalan tersebut..
Perkara yang paling berat didunia ini adalah AMANAH....

Ketahui lah wahai sahabat2 ku sekalian, sesungguhnya memikul walaupun satu amanah adalah sesuatu yang sangat berat utk kita lakukan. X kira la siapa kita, menteri, ketua, pekerja, ibubapa, suami isteri mahupun student, masing2 mempunyai amanah yang harus dipikul.


Kadang2 manusia tidak sedar yg mereka telah pun melanggar amanah yang telah diletakkan dibahu mereka. Sebagai contoh seorg pengawas sekolah telah diamanahkan oleh guru nya utk menjaga kls dan mencatat nama2 pelajar yg tidak mendgr arahan. Oleh sbb yg melanggar arahan itu adalah sahabat kita sendri maka kita mengendahkan tanggungjawab yg diberi kerana kesetiaan kita bersama mereka. Akan tetapi tahukah kamu wahai sahabatku sekalian bahawa kesetiaan kita terhadap sahabat kite td tlah menjadikan kita sebagai seorg insan yg tdk mudah utk dipercayai kerana tindakan kita tersebut telah dikire sebagai tidak jujur & pecah amanah.


Wahai sahabat2 ku sekalian, ingin sayer ceritakan tentang kisah amanah yg tlah sayer pikul semasa disekolah dulu. Perkara ini mungkin nampak ringan tetapi jika fikirkan secara mendalam mungkin anda akan mendapat jawapan bagi permasalahan ini.

Sewaktu dizaman persekolahan dulu, ada seorg guru matematik yg berusia lingkungan 40 an, belum berkahwin tetapi merupakan seorg yg sgt penyayang. Guru ini adalah merupakan salah seorg dr guru kesygn sayer diwaktu itu, walaupun pd awal sayer tdk berapa menyukai beliau maklum sajalah kata org 'kalu x kenal maka x cinta.' Guru ini sgt menitik beratkan ttg amanah yg dipikul oleh dirinya sendiri dan juga ank2 murid nyer.
Suatu hari ketika sedang memantau ank2 muridnya membuat latihan yg diberikan tiba2 guru tersebut berhenti dihadapan seorg pelajar kelas sayer. Lalu menegur tindakan ank muridnyer yg sedang membuat latihan yg beliau berikan. Sayer berasa agak hairan mengapa beliau memarahi pelajar tersebut sedangkan latihan tersebut beliau sendiri yang berikan. Tidak lame kemudian guru tersebut berkata,
' Wahai pljr2 sekalian mengapa kamu menconteng buku teks yg kamu pinjam. Sayer tahu kamu semua sedang membuat latihan yang sayer berikan, tetapi sayer x menyuruh kamu utk melakarnya didlm buku teks kamu. Kamu tahu x yg kamu tlah melanggar amanah yg telah diberikan kpd kamu semua??'
Sayer berasa hairan?? xkan menulis latihan didlm buku teks pun dikira melanggar amanah?? Amanah apakah?? Amanah saham bumiputra?? tidak sama sekali, xde kaitan langsung dgn kami semua. Guru tersebut berkata lagi..
' Wahai ank2 muridku sekalian, sesungguhnya buku teks ini bkn hak kamu & kamu hanya diberi kelayakan meminjam buku2 ini utk digunakan bagi sesi pemblran oleh kerajaan. Buku2 ini diberikan kepada kamu sebagai bahan rujukan dan tidak ada hak utk kamu menconteng buku2 tersebut. Amanah ini bkn merupakan sesuatu yg boleh kamu perlekehkan, berdosa besar jika kamu mensia-siakan amanah yg diberikan kpd kamu. Buku teks ini adalah amanah buat kamu utk menjaga nya dgn sebaik-baiknya agar dpt digunakan lg bagi generasi akan dtg..'

Begitu kecil kita melihat sesuatu perkara, tetapi ia adalah sesuatu yg amat berat dan tidak ramai yg menyedari akan tanggungjawab memikulnya.
Dari Abu Hurairah ra. dia berkata: “Rasulullah saw. bersabda: ‘Jalankanlah amanat yang diembankan kepadamu, dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu.’” (Abu Daud, 3535 dan Tirmizi, 1264).Sabda Rasulullah: “Jalankanlah amanat” adalah perintah, dan perintah itu sifatnya adalah untuk mewajibkan. Allah swt. berfirman: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya.” (An-Nisa:58). Ini baru kisah student dan gurunya, bagaimana pula amanah2 yg dipikul oleh menteri2, ketua2 dan para2 ulamak tentu tanggunggjawab mereka lebih besar. Sesungguhnya org yg pecah amanah juga tergolong dikalangan org2 yg munafik. Jadi sama2 kita fikirkan....

Sunday, March 6, 2011

secebis rase

Assalamualaikum semua....

Hari ini sayer tidak mahu bercerita panjang cume ingin mengatakan sesuatu agar tidak timbul sebarang kekusutan dikemudian hari. Disini sayer ingin menyatakan bahawa aper yg sayer coretkan diblog ini hanyalah merupakan pandangan dan pendapat sayer berasaskan hadis2 & pembelajaran yang telah sayer pelajari melalui guru yang bertauliah. Setiap dari hadis mahupun sunnah yang kita perolehi haruslah kita kita menterjemahkannya menggunakan akal fikiran dan ilmu yang kita perolehi.

Walaubagaimanapun itu kita tidak seharusnya merasakan yang kita mampu membuat sebarang keputusan hanya berpandukan pada akal kita semata-mata. Sesungguhnya akal mampu menipu diri kita sendiri. Setiap ilmu yang kita timba haruslah datangnya dari seseorang yang bernama guru. Ilmu itu x mungkin dapat kita perolehi hanya dengan bahan bacaan dari buku atau internet semata-mata, ianya haruslah dikaji dan didalami melalui guru kita. Ramai dikalangan remaja kini yang gemar mencari sumber2 dr internet lalu mentafsirkannya sendiri tanpa mendapat pandangan dari mana2 para ulama' atau guru2 yang bertauliah. Ini telah menyebabkan ramai dikalangan anak muda yang tersalah tafsir tentang sesuatu yang mereka perolehi dengan secara membabi buta sahaja.

X salah jika ada dikalangan anak2 muda yang mula berjinak2 untuk mendalami hal ehwal agama islam ini. Tetapi mereka haruslah mengikut landasan yang betul meskipun sekarang ini dunia diarus pemodenan, setiap sumber mudah untuk mereka perolehi melalui internet sahaja. Guru adalah merupakan aset penting bagi sesebuah institusi, melalui guru setiap insan mampu mendalami sesuatu ilmu dengan mudah & tanpa keraguan. Ibarat kata pepatah, guru ibarat 'lilin yang membakar diri', sanggup menerangkan org lain sedangkan dirinya cair terbakar. Jesteru itu timbalah ilmu dengan cara yang terbaik, kerana "ilmu adalah pelita hidup".

Wassalam....