Wednesday, November 4, 2015

Apakah esok akan ada pelangi??



Letih, bosan, tiada peningkatan. Bukan mahu merungut tapi itulah lumrah kehidupan. Mengharap akan muncul hari-hari indah yang bakal menyebelahi diriku. Tetap menanti kerana pasti dengan ketentuan Illahi. Takdir hidup dan masa depan bukan ditangan manusia. Setinggi mana pun kita melangkang terkadang pasti tersadung jua. Tatkala menjengah keluar, terpandang warna-warni kehidupan milik insan lain. Alangkah bersyukurnya mereka,menikmati rezeki milik tuhan.

Sepi. Itu yang sering hadir dalam diri, hingga kadang kala berteman air mata. Rindu pada kehidupan yang mengasyik hingga terlupa waktu tidak bisa diundurkan semula. Cuba mencari kesalahan orang lain hingga menidakkan ketentuan tuhan. Oh, tuhan! Dimanakah silapku, dimanakah salahku? Apakah aku tidak layak untuk mengecapi kebahagiaan. Astaghfirullah al azim. Ucapan yang sering kali terlafaz setiap kali aku tersedar kerana telah mempersoalkan qada' dan qadar-Nya. Ampuni aku Ya tuhan, jauhkanlah aku dari dugaan yang tak terdaya untuk hamba-Mu ini memikul.

Penantian. Benar kata orang penantian itu amat menyakitkan. Aku cuba bersyukur dan redha dengan setiap apa yang berlaku. Segalanya aku serahkan pada takdir yang Maha Esa. Kerana sesungguhnya Allah sentiasa bersama hamba-Nya yang sabar. Aku yakin pelangi akan muncul dikehidupanku kelak. Kerana aku tahu janji Allah itu pasti. Kasih sayang Allah itu tiada batasannya. Jika bukan didunia pasti ada balasannya di akhirat kelak. Insha Allah, Amin...