Friday, September 19, 2014

Student or Employee???...


Hari ini lebih sebulan aku menempuhi hidup sebagai seorang yang bukan lagi digelar sebagai seorang pelajar. Ternyata kehidupan selepas belajar bukan sesuatu yang indah seperti yang pernah aku impikan. Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang harus aku tempuhi. Mana tidaknya baru sebulan bekerja aku da mula merasa bosan untuk meneruskan hari-hari mendatang. Waktu pulak aku rasa bergerak lagi lambat dari siput. Kini rasanya aku lebih rela mengadap assignment yang berlambak, exam yang bertimpa-timpa dan yang x boleh bla sekali waktu presentation yang dekat sangat ngan date exam.Walaupun waktu2 tu aku akan rase stress yang amat sangat but at the end i feel satisfied with what im doing, ye la buat benda yang kite suka kan mestilah hepi.   Hai entah lah memang lumrah manusia kot, bila benda ada mata x reti nk hargai, bile da terlepas barulah sibuk nak kenang2 kembali. Tapi aku ni bukan lah da ada kerja tetap pun baru praktikal, mungkin bila aku da keje betul2 nanti baru aku akan rase environment sebenar alam pekerjaan kot. Anyway best ke x best ke, aku kena habiskan jugak latihan praktikal aku ni, kalau tidak x grad la oii. Apa yang penting sekarang aku kena banyak bersabar, bersabar ngn berbagai kerenah manusia yang bermacam perangai. Apa yang aku nak pesan kat adik2 yang tengah study tu, study la rerajin, enjoy your uni life. Sbbnya kehidupan sebagai seorang pelajar ngan kehidupan sebagai seorang staff disesebuah organisasi ni ternyatalah sangat berbeza (pesanan dari akak2). Have a nice day...

Selamat mencorak masa depan anda!!

Tuesday, February 25, 2014

Who they are??

Kehadiran mereka tanpaku sedari. Menghiasi hari-hariku yg kadang gembira, ceria, bahagia, sedih, kusut, rimas mahupun stress. Sentiasa menjadi teman walaupun dihimpit dengan masalah kehidupan mereka sendiri. Saatku leka merekalah penasihat yg arif. Bukan seorang peragawati mahupun cendikiawan. Mereka hanya insan biasa yang turut sama sepertiku menumpang  dibumi yang Maha Esa ini. Jarang berkecil hati walaupun diri ini kerap menyakitkan hati. Membuat ku tersedar betapa pentingnya kehadiran mereka dihari-hari yang ku lalui. Menyayangiku dengan sepenuh hati walaupun tahu diri ini hanya insan yang naif. Mengajarku tentang erti persahabatan dan silaturrahim. Entah bila lahirnya rasa kasih dan sauang diantara kita. Kaulah sahabat, kau lah teman. Tiada lagu mahupun puisi untukku dendangkan. Hanya secebis nukilan yang telah lama ingin ku sampaikan.. Terima kasih, thank you, xiexie dan arigato yang dapat ku lafazkan. Semoga berbahagia didunia, akhirat dan selamanya. Semoga persahabatan ini kekal buat selamanya. Sahabat hingga ke syurga.. "Aq sayang korang yang pernah menjadi sahabatku..."


  *Aq selalu mendoakanmu, agar kau bahagia bersama dirinya selamanya. (lirik lagu masih mencintainya, tp this part je sesuai utk mereka, sahabatku) "I Love U All.."

sincere love
cik princess ira (~_~)