Tuesday, July 16, 2013

Tambah Tolak Kehidupan

Andai tak bisa membahagiakan Jangan lah melukakan Andai tak mampu memberi janganlah menyusahkan Andai tak mampu menyayangi Janganlah membenci Andai tak mampu  merindui  Janganlah dikenangkan Andai tak mampu memikul bebanan Jangan lah menaci Andai tak mampu menghulurkan Janganlah mengambil Andai tak mampu diuji jangan mengata Andai kehidupanmu singkat Janganlah membazir masa.

Monday, July 15, 2013

Rasa Sayang??

Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang 
Kumbang rayu bunga bulan bintangnya
Punya tanda tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan apa yang dikenang
Jika difahamkan ITULAH SAYANG

Sayang? Satu rasa yang tidak dapat kita gambarkan mahupun kita lihat dengan mata kasar. Ia sesuatu yang kita rasa jauh di lubuk hati kita. Kewujudannya tanpa kita sedari. Tahu tahu je kita da sayang sangat kat seseorang itu. Rasa sayang tidak hanya hadir pada pasangan yang bergelar kekasih tetapi ianya juga hadir untuk orang yang sentiasa bersama kita dalam setiap hari-hari kita contohnya ibubapa, keluarga dan sahabat. Rasa sayang ini selalunya hadir disulami dengan kerinduan. Rasa sayang membuatkan kita menghargai orang yang menyayangi kita. Adakalanya rasa sayang hadir buat orang yang sering menyakiti hati kita. Sesuatu yang sukar untuk kita rungkaikan tentang perasaan sayang yang hadir dalam diri kita.

Namun rasa sayang haruslah dikawal. Jangan sampai rasa sayang kita melebihi rasa sayang kita kepada  Maha Penyayang kerana rasa sayang yang kita rasa tu adalah salah satu rasa kasih sayang pinjamanNya untuk kita didunia nie. Jangan biarkan rasa sayang kita memusnahkan harapan orang lain. Tiba disuatu masa kita harus melepaskan orang yang kita sayang demi masa depan mereka. Jangan sedih jangan berduka andai anda terpaksa berpisah disaat anda masih menyayangi mereka. Sesungguhnya kasih sayang Allah itu luas, mohon la padaNya, mengadulah padaNya kerana Dia lebih memahami apa yang terbuku dihati hamba-hambaNya. Indahnya kasih sayang Allah kepada hambanya, dengan satu pinjaman kasih sayangNya dari manusia dapat merasai berbagai perasaan. Rasa disayangi, dicintai, dirindui dan dihargai. Bersyukurlah dengan rasa sayang yang dianugerahkan kepada kita. Sesungguhnya saya sangat menyayangi mereka yang pernah hadir dalam kehidupan saya. Terima Kasih kerana pernah menyayangi diri ini. I love you all!!!