Wahai orang beriman, kenapa kamu mengatakan apa yang kamu sendiri tidak amalkan?
Berapa banyak kamu mengatakan sesuatu sedangkan kamu tidak mengerjakannya?
Berapa banyak kamu menegah orang lain apa yang kamu sendiri melakukannya?
Berapa banyak kamu menyuruh orang lain sedangkan kamu tidak mengamalkannya?
Berapa banyak kamu mengumpulkan apa-apa yang kamu tidak makan?
Berapa banyak taubat yang ditangguhkan dari sehari ke sehari, kemudian dari setahun ke setahun kemudian untuk apa kamu menunggu?
Adakah kamu terselamat dari mati?
Adakah kamu telah terlepas daripada neraka dan terjaminkah keselamatan dengan mendapat syurga?
Adakah antara kamu dan Tuhan terjamin rahmat?
Nikmat-nikmat yang telah mejadikan kamu tidak tentu arah. Kebaikan merosakkan kamu.
Panjang angan-angan terhadap dunia telah menipumu. Janganlah menuntut kesihatan dan kesejahteraan. (sekiranya kamu tertipu lagi dengannnya)
Hari-hari bagi kehidupanmu itu telah ditentukan dan nafas-nafas kamu dihitung.
Utamakanlah bagi dirimu untuk barang yang kekal bagimu di akhirat.
Wahai anak Adam, sesumgguhnya kamu mara bersama amalan kamu.
Setiap hari umurmu semakin berkurangan, semenjak kau dilahirkan, maka bertambah hampirlah kamu kepada kubur sehingga kamu masuk ke dalamnya.
Wahai anak Adam, perumpamaan kehidupan kamu di dunia ialah ibarat lalat di mana setiap kali ia bertemu dengan madu ia akan lalai seolah-olah ia akan kekal padanya, BEGITULAH ENGKAU.
Demikianlah didunia ini, jangan menjadi seperti kayu api yang membakar dirinya dengan api untuk orang lain..
::: copied from other source (jumpe artikel zaman sekolah dlu)
=>cube fahami dan anda pasti akan merasai sesuatu...
Salam Ramadhan...