Wednesday, October 24, 2012

PeRit nye..

Setiap kepayahan pasti ada kemudahannya,
Setiap kekecewaan pasti ada kegembiraannya,
Setiap tangisan pasti ada senyumannya,
Kerna setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..


Rabbi yassir wala tu'assir Ya Karim..
Ya Allah kau permudahkanlah dan janganlah kau susahkan...
Amin, Ya Rabbal Alamin...

Wednesday, July 25, 2012

InGatAn pEdiH BuAt kiTa...

Wahai orang beriman, kenapa kamu mengatakan apa yang kamu sendiri tidak amalkan?
Berapa banyak kamu mengatakan sesuatu sedangkan kamu tidak mengerjakannya?
Berapa banyak kamu menegah orang lain apa yang kamu sendiri melakukannya?
Berapa banyak kamu menyuruh orang lain sedangkan kamu tidak mengamalkannya?
Berapa banyak kamu mengumpulkan apa-apa yang kamu tidak makan?
Berapa banyak taubat yang ditangguhkan dari sehari ke sehari, kemudian dari setahun ke setahun kemudian untuk apa kamu menunggu?

Adakah kamu terselamat dari mati?
Adakah kamu telah terlepas daripada neraka dan terjaminkah keselamatan dengan mendapat syurga?
Adakah antara kamu dan Tuhan terjamin rahmat?

Nikmat-nikmat yang telah mejadikan kamu tidak tentu arah. Kebaikan merosakkan kamu.
Panjang angan-angan terhadap dunia telah menipumu. Janganlah menuntut kesihatan dan kesejahteraan. (sekiranya kamu tertipu lagi dengannnya)
Hari-hari bagi kehidupanmu itu telah ditentukan dan nafas-nafas kamu dihitung.
Utamakanlah bagi dirimu untuk barang yang kekal bagimu di akhirat.

Wahai anak Adam, sesumgguhnya kamu mara bersama amalan kamu.
Setiap hari umurmu semakin berkurangan, semenjak kau dilahirkan, maka bertambah hampirlah kamu kepada kubur sehingga kamu masuk ke dalamnya.
Wahai anak Adam, perumpamaan kehidupan kamu di dunia ialah ibarat lalat di mana setiap kali ia bertemu dengan madu ia akan lalai seolah-olah ia akan kekal padanya, BEGITULAH ENGKAU.

Demikianlah didunia ini, jangan menjadi seperti kayu api yang membakar dirinya dengan api untuk orang lain..


::: copied from other source  (jumpe artikel zaman sekolah dlu)
=>cube fahami dan anda pasti akan merasai sesuatu...
Salam Ramadhan...

Wednesday, June 27, 2012

Jalan Kehidupan...

Kehidupan umpama melalui jalan2 yang tiada penghujung.

Semakin jauh kita pergi semakin banyak persimpangan yang kita temui.

Apabila tibanya disetiap persimpangan kita harus membuat pilihan. 

Fitrah seorang manusia, kita selalu ingin membuat pilihan yang terbaik. 

Pilhan yang menentukan beruntung atau ruginya melalui jalan tersebut. 

Tetapi tidak semua manusia yang bijak menggunakan akal untuk membuat pilihan. 

Kadang-kadang mereka hanya mengikut kata hati dan berserah kepada takdir Illahi. 

Dalam tiap2 persimpangan terdapat pelbagai halangan yang harus ditempuhi. 

Mempunyai undang2 dan peraturan2 yang tersendiri. 

Andai ada yang ingkar, pasti lewat tiba ke destinasi yang diimpikan. 

Atau mungkin terkandas dengan keegoan yang menjerat diri. 

Melenyapkan segala apa yang dirancang dan yang dicitakan. 

Akibatnya mereka akan menyesal dengan persimpangan pertama yang mereka pilih. 

Sebagai insan yang berakal kita harus membuat pilihan terbaik disetiap persimpangan.  

Dan haruslah kuat dan redha dengan pilihan yang dibuat. 

Semoga kita tidak tersesat di persimpangan yang terakhir kita lalui. 


Wasalam...

Tuesday, April 10, 2012

Love is Weird... (~_~)



Kenapa cinta tu pelik bagi saye? korg x rase pelik ke?
Ok let me explain kenape cinta tu jadi aneh...

Cinta mampu buat insan ketawa, cinta juga mampu buat insan menangis,
Cinta x kesah kalu x memiliki,
Cinta boleh merubah yang jahat kepada baik dan yang baik kepada jahat,
Cinta kadang2 datang dan pergi dalam sekelip mata,
Cinta berupaya merubah hidup dan impian manusia,
Cinta membuat manusia jadi gundah gulana,
Cinta selalu buat manusia jadi x keruan,
Cinta suka buat lidah jadi kelu nk berkata-kata,
Cinta sering disulami rindu dan kepedihan,
Cinta terpancar di mata turun ke hati,
Cinta jarang mengenal erti berputus asa,
Cinta menguatkan silaturrahim manusia,
Cinta juga x mengenal siapa pemiliknye, cinta itu buta katanye,
Cinta menguatkan bukan melemahkan, (7 petala cinta)
Yg selalu kita dgr, cinta menjadikan manusia mandi x basah, mkn x kenyang tidur x lena...

Masih x rase pelik g??? xpe...

Demi cinta gadis2 sanggup tinggalkan family utk ikut kekasih hati diorg pulang negara asal,
Demi cinta seorang anak sanggup ingkar perintah org tua nyer dr berbakti kpd mereka,
Demi cinta pelajar2 sanggup korbankan masa depan & diri diorg demi membuktikan kesetiaan,
Demi cinta insan2 yg naif sanggup membunuh dan dibunuh....

Semuanye demi cinta??? btul ke Cinta??
kata Cinta: Ini tidak adil, tidak adil bgku.... kesian Cinta~~~

X kesah la ape pun pengertian cinta buat anda, tp bagi saye cinta nie sesuatu yang pelik. Sebabnye, cinta mampu memberi 1001 rase yang berbeza kepada sang pemiliknye. Walaupun bukan pertama kali kecundang dalam pencarian cinta yang sebenar, saye tetap akan terus berusaha mencari cinta suci & sejati yang Allah bakal hadiahkan buat saye dan anda semua. Cari dan hargailah cinta tetapi jangan sesekali kita memanipulasikan cinta kerana cinta itu anugerah Allah kepada hamba-Nya.

Cinta adalah kasih sayang dan kasih sayang ni adalah satu dari 100 kasih sayang Allah yang Dia pinjamkan sementara buat kite. Baru bg 1 kite da rase mcm2 kan, indahnye ciptaan Allah. Cinta jugak bukan untuk pasangan kekasih aje tetapi cinta untuk agama, negara, ibubapa, keluarga, kawan2, career, diri sendiri dan yang paling penting untuk pemilik cinta agung, Allah s.w.t.

Cinta x kejam cume manusia yang x pandai nk hargai cinta...(ombak rindu)
Allah da bagi kite cinta (kasih sayang), so pandai-pandailah kite hargai cinta menggunakan akal fikiran masing-masing.

Last skali bak kata Remy Ishak, "Cinta tuu pelik, die mai mengejut die pi pun mengejut. (loghat Kedah)"

~_~ tq....