PENTINGNYA PERPADUAN
Kemakmuran dan keamanan yang dinikmati di Malaysia hari ini adalah salah satu nikmat Allah yang dicapai menerusi perpaduan dan keharmonian hidup di kalangan rakyat yang berbilang agama, bangsa dan kebudayaan. Nikmat-nikmat ini mestilah dipelihara dan dijaga supaya ianya terus kekal dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
Harga sebuah keamanan dan kemakmuran itu sangat penting kerana umat Islam di negara-negara yang lain belum mampu memperlihatkan pencapaian yang tinggi dalam keagamaan berbanding dengan apa yang telah dicapai oleh umat Islam di Malaysia hari ini.
Kita mesti sentiasa berada di hadapan sebagai pemimpin negara bagi maksud menegakkan keadilan dan kesejahteraan rakyat. Ini penting kerana dunia hari ini memerlukan suatu kepimpinan yang berwibawa dan adil. Demikianlah juga kita rakyat Malaysia. Kita sentiasa yakin bahawa mereka yang bertaqwa dapat mengurus dan memimpin dengan sebaik-baiknya. Kita juga mestilah mengajak masyarakat supaya menjauhi gejala-gejala yang boleh membawa perpecahan di samping mengajak mereka berpegang dengan nilai-nilai hidup murni yang berupa kasih sayang, hormat menghormati.
“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengah yang lain...” (Surah al-Hujurat : 12)